Home Nasional Radio medium penting didik masyarakat, sebar informasi
Nasional

Radio medium penting didik masyarakat, sebar informasi

Radio medium penting didik masyarakat, sebar informasi

Konsert khas Hari Radio Sedunia 2025 di Tapak Pesta Sungai Nibong

SUNGAI NIBONG, 15 Februari- Penganjuran sambutan Hari Radio Sedunia (HRS) 2025 di Pulau Pinang berjaya memaparkan kepentingannya dalam masyarakat khususnya dalam penyebaran maklumat dan mendidik seiring dengan tema, Radio dan Perubahan Iklim.

Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik) Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Nasaruddin Mutalib menyifatkan penganjuran kali ini sebagai satu pencapaian terbaik buat RTM.

\”Secara keseluruhannya program-program yang diaturkan begitu bermakna dan dapat memenuhi tema pada tahun ini. Radio juga dianggap sebagai satu medium penting dalam mendidik masyarakat dan menimbulkan kesedaran betapa pentingnya perubahan iklim.

\”Jadi, saya lihat program program yang diaturkan bermula dari perasmian dan hingga ke acara kemuncak mencapai matlamat dan hasrat dalam menjayakan Hari Radio Sedunia 2025 ini,\” katanya.

Beliau bekata demikian kepada pemberita selepas menghadiri konsert khas sempena Hari Radio Sedunia 2025 bertempat di Tapak Pesta Sungai Nibong, di sini.

Konsert berkenaan turut dihadiri Pengarah Bahagian Program Radio RTM, Saifuzzaman Yusop.

Selain itu program yang dianjurkan sempena Hari Radio Sedunia mampu mendekatkan jenama radio RTM bersama pendengar yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat di lapangan.

Antara penyanyi yang membuat persembahan ialahElla, Datuk Zainal Abidin, Baggio, Shiha Zikir, Ezad Lazim, Mimi Fly, Aisha Retno, dan Zaki Yamani.

Konsert dua jam itu turut diserikan dengan persembahan daripada pemenang pertandingannyanyian terbitan RTM iaitu Hisyam Rahim (Bintang Klasik), Nadia (Bintang Klasik),Jaclyn Jacinta (Bintang Aifm) dan Nimalan (Bintang Minnalfm).

Pengemudi konsert berkenaan menggabungkan barisan pengacara yang juga merupakan DJ Radio Popular RTM iaitu DJ Sonic dari NASIONALfm, DJ Izham (MUTIARAfm), DJ Edith (KENINGAUfm) dan DJ Reenayz (SARAWAKfm) selainmenampilkanpengacara jemputan iaitu DJ Muaz (Koolfm) dan DJ Tyzo (Ikimfm).

Related Articles

Tiga buah kedai di Bandar Indahpura musnah dijilat api
Nasional

Tiga buah kedai di Bandar Indahpura musnah dijilat api

Salah sebuah kedai yang musnah dijilat apiKULAI, 18 Mac – Tiga buah...

Ex Kurung: Latihan hadapi ancaman nyata, bukan sekadar simulasi
Nasional

Ex Kurung: Latihan hadapi ancaman nyata, bukan sekadar simulasi

Latihan Anti Pengganas dan Menyelamat Tebusan \’Ex Kurung\’ yang diadakan di Politeknik...

MAHB tingkat usaha cegah penyeludupan hidupan liar di KLIA
Nasional

MAHB tingkat usaha cegah penyeludupan hidupan liar di KLIA

Foto arkib: Cubaan menyeludup hidupan liar berjaya digagalkan di KLIA apabila puluhan...

Dua jam APM Kuching tangkap ular sawa 50kg bersama 30 telur
Nasional

Dua jam APM Kuching tangkap ular sawa 50kg bersama 30 telur

Ular sawa sepanjang lima meter dan seberat 50 kilogram itu berjaya ditangkap...