Home Nasional Pulau Pinang cerminan perpaduan kaum di Malaysia- Anwar
Nasional

Pulau Pinang cerminan perpaduan kaum di Malaysia- Anwar

Pulau Pinang cerminan perpaduan kaum di Malaysia- Anwar

Anwar Ibrahim/ Foto BERNAMA

BUTTERWORTH,12 April- Keharmonian antara pelbagai kaum di Pulau Pinang menjadi bukti kukuh perpaduan masyarakat Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keharmonian itu turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi yang stabil di negeri berkenaan.

Jelasnya, keadaan tersebut mencerminkan semangat kesepaduan rakyat yang masih utuh dan terpelihara.

\”Kerana politik ini stabil, rakyat berbagai kaum bersama-sama, kita tumpu pembangunan. Maka kita catat kepentingan ekonomi yang baik di Pulau Pinang. Jadi pusat semikonduktor.

\”Pulau Pinang sebagai satu contoh. Mana ada negara, dengan masyarakat berbagai kaum, yang boleh menjaga keharmonian. Sebab itu kita salute orang Pulau Pinang, kita salute rakyat Malaysia,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Bersama Perdana Menteri Peringkat Pulau Pinang di Pusat Konvensyen PICCA di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....