Home Nasional PROTAC tampilkan warisan budaya dan tarikan pelancongan tempatan
Nasional

PROTAC tampilkan warisan budaya dan tarikan pelancongan tempatan

PROTAC tampilkan warisan budaya dan tarikan pelancongan tempatan

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak Mohd Azlan Helmi/ Foto Bernama

KUALA KANGSAR, 3 September – Pelbagai aktiviti pelancongan, kreativiti seni dan kebudayaan dianjurkan Pertubuhan Wawasan Pelancongan, Kreativiti dan Kebudayaan Malaysia (PROTAC) sebagai usaha menonjolkan warisan budaya serta mempromosikan kawasan pelancongan menarik dalam negara.

Pengerusi PROTAC Datuk Mohamad Kamil Shafie berkata pertubuhan yang diwujudkan sejak Mei lepas itu telah menganjurkan pelbagai program antaranya pameran seni lukis, promosi kawasan pelancongan selain program untuk mengetengahkan bakat baharu dalam bidang seni budaya.

\”Kita (PROTAC) dalam perancangan untuk menganjurkan karnival budaya dan pelancongan di Kuala Kangsar pada Disember depan selain mahu menerbitkan buku mengenai keunikan warisan kebudayaan,\” katanya selepas majlis pelancaran pertubuhan itu hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak Mohd Azlan Helmi.

Sementara itu, Mohd Azlan dalam ucapannya berkata penubuhan PROTAC adalah satu langkah strategik yang penting dalam usaha memangkin pertumbuhan industri pelancongan.

\”Dengan adanya PROTAC, kita berharap dapat memperkasakan kerjasama antara sektor awam dan swasta seterusnya memperkukuh rangkaian pelancongan dan meningkatkan promosi destinasi menarik.

\”Saya yakin dengan kerjasama dan komitmen yang berterusan, PROTAC akan menjadi pemangkin utama dalam usaha kita memajukan industri pelancongan dan budaya negara,\” katanya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....