Home Nasional Proses bawa pulang warga Malaysia dari Bangladesh dijangka selesai hari ini
Nasional

Proses bawa pulang warga Malaysia dari Bangladesh dijangka selesai hari ini

Proses bawa pulang warga Malaysia dari Bangladesh dijangka selesai hari ini

Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

KUALA LUMPUR, 23 Julai- Proses membawa pulang rakyat Malaysia dari Bangladesh termasuk 124 pelajar dijangka selesai hari ini.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berkata pengungsian (evacuation) telah bermula pagi tadi melibatkan penerbangan khas pesawat Air Asia dengan kapasiti 350 penumpang.

\”Ini antara peranan kita bahawa pelajar kita dan nasib warganegara kita di Bangladesh harus dilihat dan diberikan pemantauan sewajarnya, termasuklah 10 orang juruterbang bekerja dengan syarikat penerbangan di sana bersama keluarga mereka juga akan kita bawa pulang ke tanah air,\” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Amir Md Ghazali yang ingin tahu langkah-langkah diambil kementerian bagi membawa pulang rakyat Malaysia di Bangladesh.

Penerbangan AirAsia menggunakan pesawat Airbus A320 telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 pada 7.30 pagi tadi.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan kelulusan untuk mempercepatkan rancangan membawa pulang rakyat Malaysia dari negara itu, susulan protes yang semakin memuncak di sana yang telah mengorbankan puluhan nyawa.

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...