Home Nasional Projek Rumah Belia MADANI bantu belia miliki rumah awal
Nasional

Projek Rumah Belia MADANI bantu belia miliki rumah awal

Projek Rumah Belia MADANI bantu belia miliki rumah awal

Foto RTM

SHAH ALAM, 30 April – Projek Rumah Belia MADANI yang diumumkan baru-baru ini disifatkan sebagai langkah proaktif kerajaan dalam memastikan akses perumahan mampu milik kepada golongan belia.

Menurut Pensyarah Bidang Harta Tanah, Kolej Pengajian Alam Bina UiTM Shah Alam, Dr. Muhammad Azwan Sulaiman, inisiatif itu bakal memudahkan golongan muda yang baru memulakan kerjaya untuk memiliki kediaman sendiri.

“Ini satu usaha yang baik, terutamanya untuk memberi akses pemilikan rumah kepada belia. Seperti yang kita maklum, mereka baru sahaja memulakan pekerjaan. Sudah pasti ia menjadi satu cabaran untuk memiliki rumah,” jelas beliau kepada RTM ketika ditemui di sini.

Tambahnya, harga yang ditawarkan dalam projek ini adalah berpatutan dan boleh dicapai, apatah lagi dengan kaedah pembiayaan yang lebih fleksibel.

“Ditambah dengan proses pembiayaan yang mungkin fleksibel, seperti tiada pembayaran wang pendahuluan dan sebagainya, sudah pasti matlamat kerajaan untuk bantu golongan belia memiliki rumah pada usia muda boleh direalisasikan,” katanya lagi.

Menurut Dr. Azwan, kediaman yang sesuai turut memberi kesan kepada kualiti hidup, lebih-lebih lagi jika dibandingkan dengan belia yang menyewa di kawasan padat dan berisiko tinggi dari sudut sosial.

“Dengan adanya projek Rumah Belia MADANI yang direka bentuk sesuai dengan keperluan semasa, ia dapat mengurangkan risiko masalah sosial dalam kalangan masyarakat, khususnya golongan belia,” ujarnya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya projek pembangunan Rumah Belia MADANI dan Rumah Mampu Milik di Mukim Batu dipercepatkan serta dilaksanakan mengikut jadual bagi mengelakkan kelewatan yang membebankan bakal pemilik.

Beliau turut menegaskan bahawa segala urusan kelulusan projek perlu diselesaikan segera tanpa birokrasi yang melambatkan proses pelaksanaan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....