Home Nasional Projek RTS Link, kini capai 83 peratus kemajuan infrastruktur
Nasional

Projek RTS Link, kini capai 83 peratus kemajuan infrastruktur

Projek RTS Link, kini capai 83 peratus kemajuan infrastruktur

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook

KUALA LUMPUR, 20 Ogos– Projek pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Link yang menghubungkan Malaysia dengan Singapura, kini telah mencapai kemajuan infrastruktur pada tahap 83 peratus, setakat Julai 2024.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata proses pembinaan infrastruktur itu berjalan mengikut jadual dan dijangka mula beroperasi pada 1 Januari 2027.

\”Akses kepada pengendali RTS Link demi pemasangan sistem, dijangka dapat dilaksanakan pada akhir tahun ini.\”

\”Persiapan infrastruktur rel juga akan membolehkan RTS memulakan kerja-kerja pemasangan sistem yang merangkumi \’track work\’, \’stork\’, sistem isyarat dan bekalan kuasa serta pengedaran (distribution),\” kata Anthony kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli Ruang Letak Kereta antara Malaysia Rapid Transit System (MRTCorp) dan Coronade Properties Sdn Bhd di Kuala Lumpur.

Bagi pembinaan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) juga turut berjalan seperti dijadualkan dan pemasangan peralatan dan sistem di CIQ dijangka dapat dimulakan pada Ogos 2025.

RTS Link ialah perkhidmatan ulang-alik transit aliran ringan empat kilometer antara stesen Bukit Chagar di Johor Bahru dengan stesen Woodlands North di Singapura.

Rangkaian berkenaan dijangka akan digunakan 10,000 penumpang setiap jam, setiap arah dan jangkaan sekitar 40,000 penumpang setiap hari apabila ia beroperasi.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....