Home Nasional Projek pelebaran jambatan di Pekan Tapah
Nasional

Projek pelebaran jambatan di Pekan Tapah

Projek pelebaran  jambatan di Pekan Tapah

Projek pembangunan jambatan di Pekan Tapah

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Kerajaan Persekutuan bersedia mempertimbangkan peruntukan tambahan sebanyak RM15 juta untuk projek pelebaran jambatan di Pekan Tapah.

Jelas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, cadangan penambahbaikan tersebut masih dalam proses penilaian, dan kementerian kini menunggu permohonan rasmi daripada kerajaan negeri untuk dipertimbangkan.

\”Kami akan mencari cara untuk mendapatkannya. Namun, ia perlu melalui proses peringkat negeri sebelum dibawa ke Kementerian Kewangan atau Kementerian Ekonomi sebagai projek yang akan dipertimbangkan,\” katanya.

Dalam masa yang sama, kerajaan negeri turut merancang pembinaan jalan pintasan di kawasan Tapah sebagai usaha melengkapkan sistem penyuraian trafik yang lebih berkesan.

Projek sedia ada yang menelan kos RM2.2 juta pula telah berjaya mengurangkan kesesakan di laluan utama pekan.

Ditanya mengenai perkembangan projek Lebuh Raya West Ipoh Span Expressway (WISE) yang menghubungkan Gopeng ke Kuala Kangsar, Datuk Seri Alexander berkata syarikat konsesi diberi tempoh dua tahun untuk menyelesaikan segala urusan sebelum kerja pembinaan dimulakan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....