Home Nasional Projek LTU: 177 pemilik rumah kedai, rumah setinggan akan terima pampasan
Nasional

Projek LTU: 177 pemilik rumah kedai, rumah setinggan akan terima pampasan

Projek LTU: 177 pemilik rumah kedai, rumah setinggan akan terima pampasan

Gambar fail Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Gua Musang-Kuala Krai/Foto BERNAMA

GUA MUSANG, 25 Julai – Kementerian Kerja Raya (KKR) bakal membuat pembayaran ‘ex gratia’ (pampasan) kepada pemilik 177 buah rumah kedai dan rumah setinggan yang terkesan dengan Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Gua Musang-Kuala Krai.

Timbalan Menteri KKR, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, atas dasar kemanusian pihaknya bersetuju untuk membantu penduduk terlibat dengan memberi sejumlah bayaran.

Menurutnya, penduduk yang terlibat adalah mereka yang tinggal secara setinggan tanpa memiliki geran tanah di sepanjang laluan projek dari Gua Musang ke Kuala Krai.

Katanya, semalam perkara itu sudah dibawa dalam Mesyuarat Pasca Kabinet yang di pengerusikan oleh Menteri KKR Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

\”Jadi 177 (buah rumah) ini kita akan selidik dan teliti secapat mungkin dan selepas itu Kementerian Kerja Raya akan menulis kepada Kementerian Kewangan.

\”“Pampasan itu dibayar dengan formula tertentu selepas rumah mereka diroboh dan melibatkan perpindahan rumah yang bakal mereka dirikan.

\”Pampasan ini adalah untuk manfaat rakyat walaupun mereka duduk tanpa geran mungkin mereka sukar untuk mendapatkan geran oleh kerajaan negeri maka kita atas dasar kemanusiaan, saya akan sentiasa memantau isu ini,” katanya selepas mendengar taklimat Pembinaan Projek LTU Kelantan di Pejabat Tapak Jabatan Kerja Raya (JKR) LTU 2C di Bandar Utama di sini hari ini.

Sementara itu dalam perkembangan lain, beliau turut menyatakan dua projek iaitu Projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) bagi Pakej 2B sejauh 6.2 kilometer (KM) dari Ketereh ke Kok Lanas sudah ditamatkan dan akan ditender semula.

Katanya, bagi projek Seksyen 3D (Bulatan Gua Musang ke Mentara) pihak kontraktor masih lagi diberi peluang untuk melaksanakan projek terbabit.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....