Home Nasional Projek LPB Sabah, proses prakelayakan mampu pilih kontraktor terbaik – Alexander
Nasional

Projek LPB Sabah, proses prakelayakan mampu pilih kontraktor terbaik – Alexander

Projek LPB Sabah, proses prakelayakan mampu pilih kontraktor terbaik – Alexander

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Proses prakelayakan yang dilaksana kerajaan diyakini mampu memilih kontraktor terbaik dalam projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata ia sekali gus mengelakkan syarikat mengambil kesempatan mendapatkan tender berkenaan sekiranya perolehan dibuat terlalu terbuka.

Ini termasuk memanipulasi kemampuan, tidak berkelayakan serta memalsukan bidaan.

\”Di kementerian, kita serah kepada Kementerian Kerja Raya (KKR) Sabah dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah untuk buat peringkat awal dan tender terbuka antara syarikat-syarikat dalam kalangan mereka sendiri.

\”Ini kerana kerana di Sabah memang pengetahuan, kemampuan syarikat sebab kita hendak pastikan tidak berulang masalah kontraktor yang dilantik, seperti ketika ini, 1A ada masalah macam-macam,\” katanya pada sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, di sini.

Beliau menjawab pertanyaan wakil Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengenai tindakan KKR melaksana proses prakelayakan tanpa tender terbuka untuk projek LPB di Sabah.

Setakat ini, empat pakej kerja telah berjaya disiapkan dan dibuka untuk pengguna jalan raya manakala baki 15 pakej kerja sedang di peringkat pembinaan dan 16 pakej kerja di peringkat perolehan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....