Home Nasional Program Pemerkasaan Usahawan Wanita, sumbang ekonomi Perlis
Nasional

Program Pemerkasaan Usahawan Wanita, sumbang ekonomi Perlis

Program Pemerkasaan Usahawan Wanita, sumbang ekonomi Perlis

Program Pemerkasaan Wanita, Wanita Memperkasa Usahawan dianjurkan MARA Perlis

KANGAR, 19 Julai- Program Pemerkasaan Wanita, Wanita Memperkasa Usahawan dilaksanakan bagi melestarikan usahawan wanita yang menyumbangkan kepada pembangunan ekonomi Perlis.

Seramai 470 peserta melibatkan kawasan Parlimen Arau, Padang Besar dan Kangar menyertai program anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) Perlis itu.

Penyelaras Program Pemerkasaan Wanita Syamsul Anuar Rosli berkata, menerusi program itu peserta didedahkan dengan ekosistem keusahawanan MARA, motivasi keusahawanan, perkongsian ilmu berkenaan penampilan imej dan penguasaan media sosial semasa.

\”Kita dari semasa ke semasa terutamanya di peringkat MARA Perlis, banyak menganjurkan kursus-kursus membabitkan lima bidang utama yang difokuskan MARA iaitu perkhidmatan, gaya hidup, makanan dan minuman, automotif dan pembinaan.

\”Memang kita tidak pernah abaikan golongan usahawan wanita ini terutamanya mereka ini sememangnya adalah tonggak pembangunan ekonomi negeri Perlis,\” katanya dalam Program Pemerkasaan Wanita, Wanita Memperkasa Usahawan di sini.

Seminar Pemerkasaan Wanita, Pameran Program Keusahawanan, Pendidikan dan Khidmat Nasihat Kemudahan MARA turut berlangsung bersempena dengan program itu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....