Home Nasional Program kitar semula pandu lalu di Johor, raih kutipan empat tan
Nasional

Program kitar semula pandu lalu di Johor, raih kutipan empat tan

Program kitar semula pandu lalu di Johor, raih kutipan empat tan

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Jcorp, Zaidatul Zurita Abdul Rahman

JOHOR BAHRU, 9 Februari– Program kitar semula secara pandu lalu di Johor Bahru hari ini, berjaya mengumpul empat tan barangan kitar semula hanya dalam tempoh sehari.

Program anjuran Yayasan Jcorp itu sekali gus mencerminkan kesedaran masyarakat semakin positif terhadap alam sekitar.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Jcorp, Zaidatul Zurita Abdul Rahman berkata, jumlah itu adalah separuh daripada keseluruhan barangan kitar semula diperolehi program, sepanjang tahun lalu iaitu lapan tan.

\”Tahun lalu, kita sudah buat dan dapat 200kg. Tahun ini, kita sasar satu tan tetapi di luar jangkaan apabila kita berjaya raih empat tan hari ini.

Jadi, ini menunjukkan orang sudah semakin sedar untuk buat program macam ini untuk kitar semula,\” kata Zaidatul kepada pemberita, hari ini.

Program turut melibatkan pengumpulan minyak masak terpakai dan buku-buku terpakai, yang akan didermakan kepada Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Temenggong Ibrahim.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....