Home Nasional Program budayakan tanam pokok perlu diperhebat di Lembah Klang – Fahmi
Nasional

Program budayakan tanam pokok perlu diperhebat di Lembah Klang – Fahmi

Program budayakan tanam pokok perlu diperhebat di Lembah Klang – Fahmi

Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil melancarkan program \’Bangsar Ecological Connector\’ di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, Bangsar / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Program membudayakan penanaman pokok sekitar Lembah Klang perlu diperhebat.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata inisiatif tersebut memerlukan kerjasama pihak berkepentingan seperti Jabatan Landskap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan penduduk di kawasan masing-masing.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata program sedemikian turut berperanan menerapkan idea menanam pokok pelbagai spesies supaya biodiversiti alam tidak dipengaruhi.

\”Hutan-hutan di Malaysia mempunyai pelbagai spesies flora dan fauna, tapi sebagai contoh kalau kita tanam pokok yang sama seperti di Jalan Terasek (Bangsar), sekiranya satu daripada pokok terjangkit penyakit, ia lebih mudah merebak.

\”Kalau kita pelbagaikan spesies pokok yang ditanam, ia akan menjamin kesihatan ekosistem di sesebuah tempat. Jadi, saya berharap Lembah Pantai dapat menjadi peneraju program seperti ini,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Bangsar Ecological Connector oleh Free Tree Society di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, di sini.

Bangsar Ecological Connector merupakan inisiatif penghijauan perintis yang menghubungkan hutan bandar Pulai Trail dengan kawasan hijau Rimba Ilmu di Universiti Malaya.

Projek berkenaan bukan sahaja menambah baik ruang bandar, tetapi juga memupuk rasa tanggungjawab dalam kalangan komuniti.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....