Home Nasional Presiden Kosovo melawat Malaysia
Nasional

Presiden Kosovo melawat Malaysia

Presiden Kosovo melawat Malaysia

Lawatan Presiden Kosovo/Bernama

SEPANG, 1 MEI – Presiden Kosovo, Dr. Vjosa Osmani Sadriu bersama delegasi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 5.25 petang dengan menaiki pesawat Turkish Airlines.

Ketibaan beliau disambut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, yang bertindak sebagai menteri pengiring bagi lawatan tersebut.

Sejurus tiba, Dr. Vjosa Osmani Sadriu diberi penghormatan menerusi Kawalan Kehormatan Setempat (KKS) yang diketuai oleh Kapten Muhammad Nafis Norshid, melibatkan dua pegawai dan 26 anggota lain-lain pangkat dari Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat).

Beliau dijangka akan mengadakan perjumpaan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.

Perbincangan antara kedua-dua pemimpin akan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh hubungan dua hala, khususnya dalam bidang perdagangan, pelaburan, pendidikan serta kesalinghubungan antara rakyat.

Selain itu, mereka turut dijangka bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa, termasuk peranan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN pada tahun 2025.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....