Home Nasional Prasarana sedia enam van Rapid KL On-Deman untuk mangsa di Putra Heights
Nasional

Prasarana sedia enam van Rapid KL On-Deman untuk mangsa di Putra Heights

Prasarana sedia enam van Rapid KL On-Deman untuk mangsa di Putra Heights

Foto fail

PETALING JAYA, 2 April – Enam buah van disediakan sebagai perkhidmatan perantara pintu ke pintu percuma bagi membantu mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights.

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kenyataan berkata, perkhidmatan yang menggunakan fasiliti van Rapid KL On-Demand akan beroperasi bermula esok sehingga situasi kembali stabil.

Ia bagi memudahkan pergerakan mangsa mendapatkan barang-barang keperluan serta dokumen peribadi mereka dari rumah masing-masing.

\”Laluan yang akan beroperasi adalah dari Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Dewan Masjid Putra Heights ke kawasan perumahan persekitaran Putra Heights, Kampung Puchong Tengah dan Kampung Kuala Sungai Baru.

\”Selain kapten bas, pegawai pengawal trafik kanan dan polis bantuan akan turut berada di lokasi bagi membantu pergerakan komuniti dari dan hingga ke PPS, di samping memastikan perkhidmatan tersebut berjalan secara lancar,\” menurut kenyataan itu.

Prasarana turut bekerjasama dengan Pejabat Daerah dan Tanah Petaling bagi memastikan keperluan mobiliti mangsa diuruskan dengan sebaiknya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....