Home Nasional Polis tahan warga asing, curi dompet orang awam
Nasional

Polis tahan warga asing, curi dompet orang awam

Polis tahan warga asing, curi dompet orang awam

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 21 Julai- Polis menahan reman seorang suspek warga asing selama empat hari bermula 20 Julai hingga 23 Julai kerana mencuri dompet milik orang awam yang berada di terminal Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) 1.

Ketua Polis Daerah KLIA Asisten Komisioner (ACP) Azman Shari’at dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada pengadu pada 19 Julai.

Dalam kejadian pukul 9.45 malam itu, suspek bertindak melarikan diri apabila dikejar oleh orang awam.

\”Berhubung dengan kejadian ini, satu kertas siasatan telah dibuka bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1957.

\”Siasatan awal mendapati suspek merupakan seorang warga asing yang telah datang ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial yang telah melebihi tempoh yang dibenarkan,\” katanya.

Bagaimanapun siasatan lanjut sedang dijalankan berkaitan penglibatan suspek dalam jenayah seluk saku dan jenayah-jenayah lain.

\”Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Muhammad Fadzil Zulkifli di talian 011-27132165,\” tambah kenyataan itu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....