Home Nasional Polis sedang kenal pasti identiti dua individu bergaduh di tambak Johor
Nasional

Polis sedang kenal pasti identiti dua individu bergaduh di tambak Johor

Polis sedang kenal pasti identiti dua individu bergaduh di tambak Johor

Tangkap layar video tular dua individu bergaduh di Tambak Johor

JOHOR BAHRU, 15 Februari- Polis sedang mengenal pasti dua lelaki terlibat dalam kejadian pergaduhan di tengah jalan Tambak Johor, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Raub Selamat dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya mengesan satu video tular di media sosial yang dikongsikan pemilik akaun Fandyjunas, memaparkan kejadiaan berkenaan.

\”Pihak sedang giat menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti individu yang terlibat, saksi kejadian dan punca sebenar insiden berkenaan.

\”Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi pihak polis di talian hotline IPD Johor Bahru Selatan 07-218 2323 atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Ng Boon Jian di talian 017-750 0470,\” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, tular satu video berdurasi satu minit 10 saat dirakam seorang pemandu lori, memaparkan pergaduhan antara dua lelaki di Tambak Johor.

Menerusi video berkenaan, seorang lelaki dilihat keluar dari kenderaan itu dalam keadaan marah, sebelum seorang lagi penumpang MPV lain turun dari kenderaannya.

Berlaku pertengkaran mulut antara kedua-dua individu berkenaan sebelum bertukar menjadi pergaduhan.

Namun pergaduhan itu berjaya dileraikan orang awam dan pemandu lori di kawasan itu.

Related Articles

Tiga buah kedai di Bandar Indahpura musnah dijilat api
Nasional

Tiga buah kedai di Bandar Indahpura musnah dijilat api

Salah sebuah kedai yang musnah dijilat apiKULAI, 18 Mac – Tiga buah...

Ex Kurung: Latihan hadapi ancaman nyata, bukan sekadar simulasi
Nasional

Ex Kurung: Latihan hadapi ancaman nyata, bukan sekadar simulasi

Latihan Anti Pengganas dan Menyelamat Tebusan \’Ex Kurung\’ yang diadakan di Politeknik...

MAHB tingkat usaha cegah penyeludupan hidupan liar di KLIA
Nasional

MAHB tingkat usaha cegah penyeludupan hidupan liar di KLIA

Foto arkib: Cubaan menyeludup hidupan liar berjaya digagalkan di KLIA apabila puluhan...

Dua jam APM Kuching tangkap ular sawa 50kg bersama 30 telur
Nasional

Dua jam APM Kuching tangkap ular sawa 50kg bersama 30 telur

Ular sawa sepanjang lima meter dan seberat 50 kilogram itu berjaya ditangkap...