Home Nasional PM umum peruntukan tambahan RM100 juta kepada Felda tampung kos operasi
Nasional

PM umum peruntukan tambahan RM100 juta kepada Felda tampung kos operasi

PM umum peruntukan tambahan RM100 juta kepada Felda tampung kos operasi

Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada majlis perasmian sambutan Hari Peneroka FELDA 2024 di MAEPS hari ini.

SERDANG, 14 Julai- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan berjumlah RM100 juta kepada Felda untuk menampung kos pengoperasian ladang susulan penyasaran subsididiesel.

Anwar berkata, kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel dengan harga runcit bahan api itu ditetapkan tanpa subsidi bagi menangani penyeludupan dan ketirisan diesel bersubsidi.

\”Jadi, saya tanya berapa (anggaran) kos kita kena beri Felda supaya dapat salur ke bawah? Dia (Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek) kata dalam RM100 juta. Jumaat lepas saya diberitahu (mengenai perkara ini)… terus lulus RM100 juta bantuan subsidi.

\”Langkah ini diambil bagi memastikan pendapatan peneroka Felda tidak sama sekali terkesan,\” katanya berucap merasmikan sambutan Hari Peneroka Felda 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang di sini, hari ini.

Tambah Anwar, kerajaan turut meluluskan peruntukan sebanyak RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan Felda bagi Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTI MADANI).

Ia bagi merancakkan lagi aktiviti ekonomi di pelbagai sektor tumpuan sekali gus memberi impak positif kepada komuniti tersebut.

\”Saya berharap insiatif ini akan memberi impak positif kepada komuniti Felda,\” katanya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....