Tuesday , 4 February 2025
Home Nasional PM tekad laksana agenda reformasi negara
Nasional

PM tekad laksana agenda reformasi negara

PM tekad laksana agenda reformasi negara

Foto FB PM

IPOH, 20 Disember– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan semula komitmen teguh kerajaan dalam menggerakkan agenda reformasi negara.

Dalam hal ini, beliau mengecam mereka yang tunduk kepada pemimpin zalim dan korup sebelum ini namun kini menuduh kerajaan gagal melaksanakan reformasi dalam dua tahun kebelakangan ini.

\”Saya tidak setuju dengan mereka, sebahagian mereka tidak berkata apa-apa mengenai rasuah sebelum ini. Anda mahu kami melakukan perubahan? Saya sudah mulakan dengan tadbir urus yang baik. Saya telah pastikan tiada menteri atau pemimpin kerajaan boleh mempengaruhi keputusan proses tender. Pada saya ini sangat penting.

\”Saya tak boleh cakap tentang apa yang berlaku 10 tahun dahulu, tetapi saya jamin dalam dua tahun kebelakangan ini kami tidak tunduk atau bertolak ansur dengan perkara ini (rasuah),\” katanya dalam ucapan pada pelancaran buku bertajuk \”Lim Kit Siang: Malaysian First\” Volum 1 dan 2, di sini hari ini.

Anwar mengaitkan ketamakan dan \’rompakan\’ dalam negara kepada kelemahan sistem pentadbiran sebelum ini.

Beliau turut menekankan kepentingan kerajaan sekarang untuk kekal kuat dan bersatu sambil memberi amaran kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kembalinya ketaasuban kepada perkauman dan agama.

\”Sekarang, jika kita mahu kekalkan kuasa, pertama, perlu pastikan kita sedar bahawa mandat kita ialah untuk melaksanakan reformasi bukan bertolak ansur… Anda fikir selepas mengharungi penderitaan, 10 tahun dalam penjara, 10 tahun ulang-alik, mahkamah, anda fikir saya lupa (agenda reformasi)? Tidak.

\”Jadi, setialah dengan kami, sokong usaha kami. Lebih kuat sokongan, lebih cepat kita boleh laksanakan reformasi kerana, seperti anda telah lihat, kesemua tindakan terhadap taikun besar, bilionair, kurang mendapat sokongan terutama daripada golongan elit,\” katanya.

Anwar berkata kerajaan tetap teguh dalam agenda reformasi dan menggesa rakyat menaruh kepercayaan dan menyokong usaha ini.- BERNAMA

Related Articles

Gempa bumi kuat 6.1 magnitud landa Halmahera, Indonesia
Nasional

Gempa bumi kuat 6.1 magnitud landa Halmahera, Indonesia

FOTO METMALAYSIAKUALA LUMPUR, 4 Februari- Gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 melanda Halmahera,...

Ekonomi AS, beras & ASEAN antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Ekonomi AS, beras & ASEAN antara fokus Dewan Rakyat hari ini

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 4 Februari- Ancaman ekonomi oleh Amerika Syarikat (AS), cadangan...

Banjir: Sarawak menurun 9,034 orang, Sabah kekal 102
Nasional

Banjir: Sarawak menurun 9,034 orang, Sabah kekal 102

FOTO APM SARAWAKKUALA LUMPUR, 4 Februari- Sarawak merekodkan penurunan penduduk terjejas banjir...

Generasi muda adalah ejen perubahan dalam menjaga alam sekitar
Nasional

Generasi muda adalah ejen perubahan dalam menjaga alam sekitar

Program pendidikan murid-murid mengenai pentingnya menjaga kelestarian alam sekitar di SK Seberang...