Sunday , 16 February 2025
Home Nasional PM seru diaspora Malaysia hargai kemajuan teknologi dan kepakaran negara
Nasional

PM seru diaspora Malaysia hargai kemajuan teknologi dan kepakaran negara

PM seru diaspora Malaysia hargai kemajuan teknologi dan kepakaran negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama para jemputan pada majlis makan malam dan ramah mesra Perdana Menteri bersama diaspora Malaysia di United Kingdom / Foto Bernama

LONDON, 18 Januari – Rakyat Malaysia di luar negara diingatkan untuk tidak memandang rendah terhadap kemajuan teknologi, kepakaran, dan bakat yang dimiliki oleh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelabur global terus mengiktiraf penguasaan teknologi Malaysia, dibuktikan dengan pelaburan berterusan selepas bertahun-tahun menjalankan perniagaan di Malaysia.

“Jangan kita mempunyai pandangan seperti itu. Sangat kolot dan menghina. Mungkin benar di beberapa sektor dahulu, tetapi ia tidak benar sekarang. Ini bukan Malaysia 50 tahun dulu. Anda lihat berapa banyak pelaburan syarikat Malaysia yang melalui tender dan bersaing dengan syarikat British,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam dan ramah mesra bersama lebih 1,000 diaspora Malaysia di United Kingdom, di sini.

Tegas Anwar, syarikat Malaysia seperti YTL, Eco World, Sime Darby, dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjaya di United Kingdom kerana keupayaan teknologi dan tenaga kerja mereka.

Majlis tersebut disambut meriah oleh diaspora Malaysia yang teruja dengan kehadiran Perdana Menteri.

Lawatan itu dianggap sebagai langkah penting untuk meningkatkan hubungan kerjasama antara Malaysia dan United Kingdom.

“Saya sangat gembira dan berbesar hati kerana ini peluang keemasan bagi kami pelajar untuk memahami aspirasi dan wawasan Datuk Seri. Kami juga dapat tahu bagaimana sebagai pelajar, kami boleh menyumbang kembali kepada negara,” kata Nur Farah Raduan, seorang pelajar.

“Saya rasa sangat terpesona melihat idea dan inspirasi beliau yang begitu hebat. Visi dan misi beliau untuk membentuk Malaysia sebagai negara MADANI amat menginspirasikan,” kata Mohd Amirul Aiman Mohd Arif, seorang pelajar.

“Kami sebagai rakyat Malaysia sangat bangga kerana Perdana Menteri pertama kali datang ke UK untuk melawat kami, jadi sangat teruja,” ujar Soonick Seow, seorang ahli farmasi.

Related Articles

99 murid di Klang sertai program gunting rambut percuma
Nasional

99 murid di Klang sertai program gunting rambut percuma

FOTO RTMKLANG, 16 Februari- Seramai 99 murid dan pelajar menyertai program gunting...

"Tingkat kefahaman agama dan budaya, demi keharmonian negara" – Aaron
Nasional

"Tingkat kefahaman agama dan budaya, demi keharmonian negara" – Aaron

Foto FB MenteriKUALA LUMPUR, 16 Februari– Salah satu cabaran terbesar yang dihadapi...

Banjir: Sabah kekal 54 penduduk terjejas pagi ini
Nasional

Banjir: Sabah kekal 54 penduduk terjejas pagi ini

FOTO ARKIB RTMKUALA LUMPUR, 16 Februari- Penduduk terjejas banjir di Sabah kekal...

Arus deras halang laluan, 11 pendaki diselamatkan di Lata Perangin
Nasional

Arus deras halang laluan, 11 pendaki diselamatkan di Lata Perangin

FOTO BOMBA PERAKTANJUNG MALIM, 15 Februari- Empat kanak-kanak antara 11 individu yang...