Home Nasional PM salur sumbangan Aidilfitri kepada anggota IPD Putrajaya
Nasional

PM salur sumbangan Aidilfitri kepada anggota IPD Putrajaya

PM salur sumbangan Aidilfitri kepada anggota IPD Putrajaya

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim

PUTRAJAYA, 24 Mac -Seramai 250 petugas barisan hadapan yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, menerima sumbangan Aidilfitri berjumlah RM50,000 daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Sumbangan Kasih MADANI Aidilfitri.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, sumbangan itu sebagai tanda penghargaan Perdana Menteri terhadap jasa petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus membasmi jenayah dan menjaga keamanan.

\”Saya fikir antara yang membuatkan Perdana Menteri setuju untuk beri sumbangan ini, kerana menghargai jasa dan sumbangan kepada petugas barisan hadapan ini.

\”Dalam hal ini, pihak berkuasa terutamanya PDRM telah menjalankan mereka dengan baik membasmi hal-hal berkaitan jenayah dan mengelakkan daripada perkara-perkara lebih buruk terus berlaku,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan itu pada Majlis Iftar dan Penyerahan Sumbangan Kasih MADANI Aidilfitri di IPD Putrajaya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed pula menyifatkan sumbangan tersebut amat memberi bermakna sekali gus meringankan beban petugas dalam membuat persediaan menyambut Aidilfitri kali ini.

\”Saya mengucapkan terima kasih kepada atas sumbangan yang diberikan, yang mana ia sangat memberi makna dan dapat meringankan beban penerima yang kebanyakkannya sudah bekeluarga,\” katanya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....