Wednesday , 22 January 2025
Home Nasional PM pengerusikan Mesyuarat JPK Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025
Nasional

PM pengerusikan Mesyuarat JPK Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025

PM pengerusikan Mesyuarat JPK Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025

FOTO FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 11 Julai- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan (JPK) bagi Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 Bilangan 2 Tahun 2024 di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Parlimen di sini.

Anwar berkata, pelbagai perkara telah dibincang bagi memastikan persedian rapi dapat dibuat di setiap peringkat melibatkan kementerian serta agensi kerajaan.

\”Saya yakin dan percaya dengan kerjasama utuh semua pihak, Malaysia dapat menjadi tuan rumah yang terbaik dan cemerlang kepada semua delegasi yang terlibat,\” kata Anwar menerusi Facebook beliau.

Kerajaan kini dalam proses akhir untuk bersiap sedia diberi penghormatan menjadi Pengerusi ASEAN 2025 dengan tiga tonggak utama yang telah digariskan iaitu keselamatan dan politik, ekonomi serta sosiobudaya.

Mesyuarat itu turut dihadiri oleh barisan menteri dan timbalan menteri kabinet serta ketua-ketua agensi Kerajaan Persekutuan yang terlibat.

Hadir sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin.

Related Articles

Sultan Kedah lancar projek tanam 2 juta pokok
Nasional

Sultan Kedah lancar projek tanam 2 juta pokok

Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan...

Dua bersaudara ditemukan lemas, mandi di Pantai Bayu Impian
Nasional

Dua bersaudara ditemukan lemas, mandi di Pantai Bayu Impian

Foto Bomba Johor KOTA TINGGI, 22 Januari- Dua individu ditemukanlemas termasuk seorang...

Dialog, kolaborasi pragmatik kekal hubungan antarabangsa
Nasional

Dialog, kolaborasi pragmatik kekal hubungan antarabangsa

Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA DAVOS, 22 Januari- Dialog serta kolaborasi pragmatik,...

Malaysia teroka peluang perdagangan, tambah baik beberapa FTA
Nasional

Malaysia teroka peluang perdagangan, tambah baik beberapa FTA

Datuk Seri Anwar Ibrahim DAVOS, 22 Januari- Malaysia sedang meneroka peluang dengan...