Home Nasional PM New Zealand Luxon berlepas pulang
Nasional

PM New Zealand Luxon berlepas pulang

PM New Zealand Luxon berlepas pulang

Christopher Luxon diberikan upacara berlepas pulang, serta kawalan kehormatan oleh pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Infantri Istiadat) yang diketuai Kapten Raja Azri Syahir Raja Mohd Zulkifli di Kompleks Bunga Raya

SEPANG, 3 September- Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon berlepas pulang selepas menamatkan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia.

Pesawat Komersial yang membawa Luxon berlepas pada pukul 11.35 malam dari Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA).

Luxon sebelum itu diberikan upacara berlepas pulang, serta kawalan kehormatan oleh pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Infantri Istiadat) yang diketuai Kapten Raja Azri Syahir Raja Mohd Zulkifli di Kompleks Bunga Raya, KLIA.

Turut hadir mengiringi dan mengucapkan selamat pulang ialah Timbalan Menteri Digital, Datuk Ugak Anak Kumbong.

Ini merupakan lawatan pertama beliau ke Malaysia sejak memegang jawatan Perdana Menteri pada bulan November 2023.

Semalam, New Zealand dan Malaysia bersetuju untuk meningkatkan nilai perdagangan dua hala sebanyak 50 peratus pada 2030.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....