Home Nasional PM mengalu-alukan lebih banyak pelaburan baharu dari Pakistan
Nasional

PM mengalu-alukan lebih banyak pelaburan baharu dari Pakistan

PM mengalu-alukan lebih banyak pelaburan baharu dari Pakistan

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 31 Mac- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan lebih banyak pelaburan baharu dari Pakistan terutama dalam bidang pertanian, petrokimia dan biojisim susulan pelaburan ngara itu di Malaysia berkembang dan mencecah sekitar AS$397 juta.

Beliau menerusi hantaran Facebook memaklumkan perkara itu apabila menerima panggilan daripada rakan sejawatnya dari Pakistan, Shehbaz Sharif.

\”Kami sempat bertukar ucapan Aidilfitri dan mendoakan kebaikan buat rakyat kedua-dua negara sebelum berbincang terkait perihal hubungan dua hala Malaysia-Pakistan.

\”Saya nyatakan rasa sukacita dengan persahabatan kedua-dua yang kian erat ketika ini, yang telah membuka ruang untuk pelbagai kerjasama baharu diteroka terutama sewaktu pertemuan saya dan PM Shehbaz di Pakistan pada Oktober tahun lalu,\” menurut hantaran itu.

Menerusi panggilan tersebut kedua-dua pemimpin menilai semula memorandum persefahaman (MoU) yang dipersetujui termasuk pelaburan, perdagangan, pendidikan, penyelidikan dan pembangunan serta bidang sains.

Kedua-dua pemimpin sepakat mahu menyegerakan sebarang urusan tertunggak untuk segera merealisasikan kerjasama ini.

Dalam pada itu, Anwar dan Shehbaz Sharif turut berbicara mengenai perkembangan di Gaza berikutan tindakan Israel yang melanggar perjanjian gencatan senjata dan menggagalkan usaha damai.

\”Kami sempat bertukar pandangan dan menyelaras idea tentang menghentikan keganasan dan pemulihan semula Gaza,\” tambah hantaran itu.

Pada masa sama Perdana Menteri menantikan kunjungan Shehbaz Sharif dijangka melakukan kunjungan sulung ke Malaysia pada 9 Mei depan.

Selain itu Anwar turut mendoakan keberkatan Ramadan dan Aidilfitri akan membawa rahmat buat hubungan persahabatan Malaysia-Pakistan demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....