Home Nasional PM luah rasa sedih pemergian Prof. James C. Scott
Nasional

PM luah rasa sedih pemergian Prof. James C. Scott

PM luah rasa sedih pemergian Prof. James C. Scott

Prof. James C. Scott

KUALA LUMPUR, 22 Julai– Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita atas pemergian seorang profesor terkenal di Universiti Yale, James C. Scott.

Menerusi laman facebooknya Perdana Menteri berkata, James C. Scott terkenal dengan sumbangan luar biasanya kepada sains politik dan antropologi, terutamanya berkaitan Asia Tenggara.

Perdana Menteri berkata karya James C. Scott pada tahun 1985 bertajuk \”Weapons of the Weak\” sentiasa mengimbau kembali pejuangannya terhadap penduduk luar bandar di Kedah pada tahun 1970-an.

Karya itu berdasarkan penyelidikan lapangan yang teliti selama dua tahun oleh James C Scott di sebuah kampung di Kedah. Meski menulis banyak buku lain, \”Weapons of the Weak\” tetap menjadi pencapaian terbaiknya.

James C. Scott sendiri mengakui ia adalah perkara paling sukar yang pernah dilakukannya.

Jelas Perdana Menteri, penting untuk rakyat terus memperjuangkan pengajian Asia Tenggara dan memupuk sarjana masa depan seperti James C. Scott serta mendalami pemahaman tentang masyarakat Malaysia sendiri.

Pengetahuan diri adalah penting untuk kemajuan sebagai sebuah negara dan rantau.

James C. Scott meninggal dunia pada 19 Julai lalu.

Related Articles

Pelan Strategik AEC 2026-2030 dilancar pada Mei
Nasional

Pelan Strategik AEC 2026-2030 dilancar pada Mei

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong/ BERNAMAKUALA LUMPUR, 12...

Prestasi kewangan KKDW, rekod RM259.97 juta keuntungan sebelum cukai
Nasional

Prestasi kewangan KKDW, rekod RM259.97 juta keuntungan sebelum cukai

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Rubiah Wang KUALA LUMPUR,...

Lapan cedera, bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas
Nasional

Lapan cedera, bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas

Bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas awal pagi tadiREMBAU, 12 Mac –...

Tiada kes keracunan makanan di 11 Bazar Ramadan Perlis – JKNPs
Nasional

Tiada kes keracunan makanan di 11 Bazar Ramadan Perlis – JKNPs

Foto RTMKANGAR, 12 Mac – Jabatan Kesihatan Negeri Perlis (JKNPs) tidak menerima...