Home Nasional PM bincang dengan pemimpin Myanmar mengenai bantuan kemanusiaan
Nasional

PM bincang dengan pemimpin Myanmar mengenai bantuan kemanusiaan

PM bincang dengan pemimpin Myanmar mengenai bantuan kemanusiaan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

BANGKOK, 17 April– Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara Myanmar Jeneral Kanan Min Aung Hlaing bagi membincangkan bantuan kemanusiaan, susulan gempa bumi pada Mac lalu.

Menerusi Facebook, Datuk Seri Anwar memaklumkan,pertemuan yang berlangsung selama lebih satu jam itu diadakan dalam suasana terbuka dan konstruktif, dengan tumpuan utama diberikan kepada keperluan mendesak untuk menyegerakan bantuan kemanusiaan, termasuk penempatan segera sebuah hospital medan.

\”Kami turut menyentuh kepentingan mengembalikan Myanmar kepada keadaan sediakala demi kestabilan dan keselamatan rakyatnya\”, katanya.

Beliau juga memaklumkan akan mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil Kerajaan Perpaduan Nasional Myanmar (NUG), pada pagi ini.

Datuk Seri Anwar juga menyambut baik langkah-langkah awal yang diambil untuk meredakan ketegangan, termasuk pembebasan 4,800 tahanan pada Rabu.

\”Tindakan sebegini memberi isyarat yang cukup bermakna. Kita mesti terus menggalakkan semua pihak untuk berunding secara serius demi masa depan Myanmar dan kesejahteraan rakyatnya\”, katanya menerusi hantaran di Facebook, malam tadi.

Perdana Menteri tiba di Bangkok, semalam untuk lawatan kerja dua hari ke Thailand.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....