Home Nasional PM bantu kos rawatan bayi hidap mutasi genetik
Nasional

PM bantu kos rawatan bayi hidap mutasi genetik

PM bantu kos rawatan bayi hidap mutasi genetik

FOTO FB Ahmad Farhan Fauzi

KUALA LUMPUR, 15 Februari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan bantuan kewangan bagi menampung sebahagian kos rawatan seorang bayi berusia 10 bulan, Sophie Abdul Raof, yang menghidap mutasi genetik SCN8A.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi kepada ibu bapa bayi berkenaan bagi mengurangkan beban kewangan yang ditanggung keluarga.

Mutasi genetik SCN8A merupakan penyakit jarang jumpa yang memberi kesan kepada sistem saraf, mengakibatkan gangguan serius pada otak, sawan berterusan, kesukaran bergerak serta pelbagai komplikasi kesihatan yang memerlukan rawatan berterusan dengan kos tinggi.

\”Saya berkesempatan menziarahi Sophie yang sedang berjuang melawan komplikasi penyakit ini. Dalam pertemuan tersebut, saya mendengar sendiri luahan kegelisahan serta ketabahan ibu bapanya, Raof dan Atiqah, yang tidak pernah berhenti berusaha mencari jalan terbaik untuk merawat anak mereka.

\”Kos rawatan bagi penyakit ini amat tinggi, dan bagi meringankan beban keluarga, Perdana Menteri telah menyampaikan sumbangan bagi menampung sebahagian daripada kos rawatan Sophie.

\”Bagi yang ingin menghulurkan bantuan buat Sophie, boleh hubungi Puan Atiqah di talian +60 13‑398 5178. Semoga Sophie terus kuat dan dikurniakan aafiyah oleh Allah SWT,\” kata Ahmad Farhan dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Related Articles

Tiga buah kedai di Bandar Indahpura musnah dijilat api
Nasional

Tiga buah kedai di Bandar Indahpura musnah dijilat api

Salah sebuah kedai yang musnah dijilat apiKULAI, 18 Mac – Tiga buah...

Ex Kurung: Latihan hadapi ancaman nyata, bukan sekadar simulasi
Nasional

Ex Kurung: Latihan hadapi ancaman nyata, bukan sekadar simulasi

Latihan Anti Pengganas dan Menyelamat Tebusan \’Ex Kurung\’ yang diadakan di Politeknik...

MAHB tingkat usaha cegah penyeludupan hidupan liar di KLIA
Nasional

MAHB tingkat usaha cegah penyeludupan hidupan liar di KLIA

Foto arkib: Cubaan menyeludup hidupan liar berjaya digagalkan di KLIA apabila puluhan...

Dua jam APM Kuching tangkap ular sawa 50kg bersama 30 telur
Nasional

Dua jam APM Kuching tangkap ular sawa 50kg bersama 30 telur

Ular sawa sepanjang lima meter dan seberat 50 kilogram itu berjaya ditangkap...