Home Nasional PM Anwar santuni pengamal media dalam Majlis Berbuka Puasa di Angkasapuri
Nasional

PM Anwar santuni pengamal media dalam Majlis Berbuka Puasa di Angkasapuri

KUALA LUMPUR, 11 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyantuni pengamal media dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengamal Media di Angkasapuri.

Ketibaan beliau pada pukul 6.53 petang disambut Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Perdana Menteri meluangkan masa menyantuni kira-kira 500 pengamal media yang hadir.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Seri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman.

Pada majlis sama, Anwar turut menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada sepuluh veteran media yang diuji masalah kesihatan, sekali gus bagi membantu mereka membuat persiapan menjelang sambutan Aidilfitri.

Tabung Kasih@HAWANA yang diwujudkan sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi dan dikendalikan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) demi kebajikan pengamal media.

Pada majlis itu, Perdana Menteri juga meluangkan masa menyempurnakan peluncuran buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI terbitan Institut Integriti Malaysia.

Usai berbuka puasa, beliau bersama hadirin menunaikan solat maghrib berjemaah di Masjid Muhammadi di Angkasapuri.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....