Home Nasional PLKN 3.0 dilaksana secara berfasa bermula Jun 2025
Nasional

PLKN 3.0 dilaksana secara berfasa bermula Jun 2025

PLKN 3.0 dilaksana secara berfasa bermula Jun 2025

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 22 Julai- Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berfasa bermula Jun 2025.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ia akan dilaksanadengan konsep dan format baharu.

\”Sebaliknya modul ini menekankanaspek-aspek seperti disiplin diri yang merujuk kepada pengurusan masa, kebersihan, kepatuhan peraturan, keupayaan untuk melakukan kerja berkumpulan serta ketahanan melakukan sesuatu tugasan secarabertanggungjawab.

\”Kedua, penekanan sehingga 70 peratus modul ini adalah berasaskan kepada dapatan libat urus dengan pelbagai pihak yang memberi maklum balas tentang sikap dan perilaku golongan muda pada masa kini yang dilihat perlu untuk dibentuk, dengan nilai keutuhan diri dan tegas.

\”Ketiga, kita berhasrat jadikan PLKN baharu ini satu medium mendedahkan tentang realiti serta keistimewaan kerjaya pertahanan.

\”Keempat kita melebihkan elemen ketenteraan ini kerana ia adalah satu elemen atau pendedahan yang tidak boleh diperoleh sepanjang masa, sebaliknya elemen-elemen seperti cintakan negara,\” katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator, Datuk Abdul Halim Suleiman di Dewan Negara di sini.

Selain itu, modul asas kenegaraan dibangunkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), mengandungi Modul Kenegaraan Elemen Jati Diri, Modul Kenegaraan Elemen Cinta Negara dan Modul Kenegaraan Elemen Perpaduan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....