Home Nasional PJRM Kedah tawar barangan keperluan Aidilfitri di 62 lokasi
Nasional

PJRM Kedah tawar barangan keperluan Aidilfitri di 62 lokasi

PJRM Kedah tawar barangan keperluan Aidilfitri di 62 lokasi

Foto Hiasan / RTM

KULIM, 19 Mac – Sebanyak 62 Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) akan diadakan di Kedah bermula Khamis ini sehingga 30 Mac sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata jualan itu akan diadakan di premis tetap dan secara bergerak bagi menawarkan barangan keperluan persiapan Aidilfitri.

\”Antara barangan yang dijual termasuk beras putih, beras pulut, nasi impit segera, marjerin, dan ketupat sejuk beku,\” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan dan melakukan tinjauan mesra di Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Kelang Lama, di sini sempena pelancaran MYSaveFood Ramadan Peringkat Negeri Kedah 2025.

Tambah Muhammad Nizam, KPDN Kedah juga giat melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan sepanjang Ramadan serta menjelang Aidilfitri menerusi Op Pantau.

Sehingga 16 Mac, sebanyak 1,181 premis telah diperiksa dengan 1,376 pemeriksaan dilakukan mengikut lapan kategori Op Pantau seperti pemantauan harga, alat timbang sukat, dan bekalan barangan.

BRR Kelang Lama Kulim merupakan lokasi kelima daripada tujuh lokasi Bazar Ramadan Rahmah di Kedah.

Setakat 16 Mac, sebanyak 15,326 insentif pendigitalan e-wallet daripada 36,000 yang diperuntukkan telah diedarkan kepada pengunjung.

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...