Home Nasional Petronas akan terus bekerjasama bantu mangsa kebakaran
Nasional

Petronas akan terus bekerjasama bantu mangsa kebakaran

Petronas akan terus bekerjasama bantu mangsa kebakaran

PETRONAS

SUBANG JAYA, 2 April- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan terus bekerjasama dengan kementerian serta agensi berkaitan bagi memastikan sokongan bermakna dapat disalurkan kepada mangsa insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, di sini, semalam.

Menerusi satu kenyataan, Petronas menyatakan keutamaan pihaknya ketika ini adalah menunaikan komitmen membantu mereka yang terkesan.

\”PETRONAS merakamkan simpati mendalam kepada semua individu dan keluarga yang terjejas akibat kejadian ini.

\”Seperti dinyatakan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) semasa lawatannya ke lokasi kejadian, kami akan berkoordinasi dengan kementerian-kementerian berkaitan serta agensi-agensi kerajaan untuk memastikan bantuan yang mencukupi dapat disalurkan kepada mereka yang terjejas,\” menurut kenyataan.

Syarikat minyak negara itu turut memaklumkan, Petronas Gas Berhad (PGB), yang memiliki saluran paip tersebut, akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk menilai impak insiden tersebut sepenuhnya.

Sementara itu, tiga stesen minyak stesen minyak Petronas (PS) berdekatan iaitu PS Putra Heights, PS KM2 LDP dan PS Putra Bestari yang ditutup sementara semalam telah kembali beroperasi.

\”Walaupun tidak terjejas secara langsung, stesen-stesen ini sebelum ini ditutup sementara sebagai langkah berjaga-jaga sebelum dibuka semula setelah penilaian keselamatan menyeluruh dilakukan,\” jelas Petronas.

BERITA BERKAITAN

  • Selangor, Kerajaan Persekutuan, Petronas cari jalan selesai isu kediaman mangsa
  • Polis siasat dakwaan berlaku kerja mengorek di Putra Heights
  • Tahap keselamatan setiap rumah akan diperiksa, dinilai sebelum dibenarkan pulang
  • Laporan awal insiden kebakaran saluran paip gas, dijangka dalam tempoh 72 jam
  • Kebarangkalian letupan susulan rendah – Bomba
  • RM5,000 kepada pemilik kediaman musnah sepenuhnya, RM2,500 untuk kediaman terjejas sebahagian
  • Abu, mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights diselamatkan
  • Laluan antara Seafield ke Bandar Saujana Putra dibuka semula
  • PM arah bantuan kepada mangsa kebakaran Putra Heights

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....