Home Nasional Perniagaan di Jalan Masjid India boleh beroperasi seperti biasa esok
Nasional

Perniagaan di Jalan Masjid India boleh beroperasi seperti biasa esok

Perniagaan di Jalan Masjid India boleh beroperasi seperti biasa esok

Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

KUALA LUMPUR, 23 Ogos– Operasi perniagaan di Jalan Masjid India di sini boleh dijalankan seperti biasa esok, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.

Beliau berkata pemeriksaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di sekitar lokasi kejadian wanita warga asing yang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India pagi tadi, mendapati kawasan itu selamat.

\”Perniagaan di sini akan beroperasi seperti biasa (esok) tetapi mereka (peniaga) dinasihatkan untuk berjaga-jaga,\” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian malam ini.

Mengulas rungutan peniaga mengenai berlaku beberapa kejadian mendapan tanah di kawasan terbabit, Maimunah berkata perkara berkenaan dalam pemerhatian dan tindakan pihaknya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Mohamad Hamim berkata pihaknya sentiasa menjalankan pemantauan di kawasan berkenaan dan kejadian mendapan yang berlaku sebelum ini tidak melibatkan kehilangan nyawa atau harta benda.

\”Pemantauan dan penyelenggaraan dilakukan secara berterusan,\” katanya.

Terdahulu, peniaga di sekitar kawasan kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India mahu pihak berkuasa melakukan pemantauan berterusan di tempat berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya memandangkan bukan kali pertama kes seperti itu berlaku.

Hari ini, media melaporkan mangsa dikenali Vijayaletchumy, 48, dikhuatiri tertimbus dalam kejadian itu.

Lokasi kejadian hanya beberapa meter dari premis perniagaan di kawasan terbabit.

Setakat 10.20 malam ini, pasukan penyelamat masih meneruskan misi mencari dan menyelamat mangsa.- BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....