Home Nasional Permintaan komoditi sawit dipengaruhi bekalan dan pengeluaran – Johari
Nasional

Permintaan komoditi sawit dipengaruhi bekalan dan pengeluaran – Johari

Permintaan komoditi sawit dipengaruhi bekalan dan pengeluaran – Johari

Permintaan terhadap kelapa sawit bergantung kepada keseimbangan antara bekalan dan pengeluaran/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 4 Februari – Kerajaan komited untuk terus memastikan kestabilan industri sawit negara, termasuk dalam aspek tenaga kerja dan kecekapan pengeluaran, kata Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Susulan itu, Johari berkata permintaan terhadap kelapa sawit bergantung kepada keseimbangan antara bekalan dan pengeluaran.

\”Jika permintaan tinggi tetapi pengeluaran berkurang, harga akan meningkat. Sebaliknya, jika pengeluaran terlalu banyak tetapi permintaan rendah, harga akan turun.

\”Namun, sebagai negara pengeluar kedua terbesar kelapa sawit dunia, kerajaan sentiasa memastikan pengeluaran kekal konsisten dan tidak terjejas.

\”Salah satu faktor utama adalah memastikan setiap ladang mempunyai tenaga kerja mencukupi. Jika tenaga kerja tidak mencukupi, buah sawit yang telah masak tidak dapat dituai, dan ini akan menjejaskan peluang kita untuk meningkatkan pengeluaran,\” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau menegaskan bahawa penggunaan bahan penanaman berkualiti serta amalan pertanian yang baik perlu diterapkan dalam industri bagi memastikan hasil lebih tinggi dan kos pengeluaran dapat dikurangkan.

\”Apabila hasil meningkat dan kos pengeluaran dapat dikurangkan, permintaan terhadap sawit negara juga akan bertambah di pasaran global,\” tambahnya.

Tambah beliau, harga komoditi tidak boleh ditetapkan oleh mana-mana pihak kerana ia bergantung sepenuhnya kepada faktor penawaran dan permintaan di pasaran.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Selangau, Edwin Banta berhubung isu kekurangan tenaga kerja dan kestabilan harga komoditi dalam sektor perladangan negara.

Related Articles

3,390 pelajar MRSM terima manfaat Program Budi MARA
Nasional

3,390 pelajar MRSM terima manfaat Program Budi MARA

Seramai 3,390 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menerima manfaat menerusi inisiatif...

TLDM tingkat pengawasan, tangani cabaran maritim
Nasional

TLDM tingkat pengawasan, tangani cabaran maritim

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 Mac – Strategi pertahanan maritim Malaysia...

Empat hentian R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri
Nasional

Empat hentian R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail KUANTAN, 19 Mac...

UM-Universiti Peking perkukuh kerjasama inovasi Malaysia-China
Nasional

UM-Universiti Peking perkukuh kerjasama inovasi Malaysia-China

Seramai 28 pelajar dari Persatuan Kejuruteraan Universiti Malaya (Engineering Society of Universiti...