Home Nasional Perlis tetapkan kadar zakat fitrah RM9 tahun ini
Nasional

Perlis tetapkan kadar zakat fitrah RM9 tahun ini

Perlis tetapkan kadar zakat fitrah RM9 tahun ini

Tuanku Syed Faizuddin (tiga kiri) pada Majlis Rukyah Hilal Ramadan di Masjid Al-Hussain/MAIPs

KUALA PERLIS, 1 Mac- Perlis menetapkan kadar zakat fitrah bagi tahun ini sebanyak RM9 berdasarkan harga beras Ghalib Qut al-Balad sebagai asas kiraan, manakala kadarzakat fitrah menggunakan beras ditetapkan satu gantang Nabawi seorang iaitu bersamaan 2.6 kilogram.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melancarkan kadar tersebut setelah diperkenankan oleh Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dalam Majlis Rukyah Hilal Ramadan di Masjid Al-Hussain di sini.

Pembayaran boleh dilakukan melalui amil-amil yang dilantik secara rasmi oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) atau menggunakan kaedah pembayaran dalam talian.

MAIPs turut mengingatkan bahawa kegagalan menunaikan zakat fitrah, sama ada dengan sengaja atau melalui cara yang tidak sah, boleh dikenakan tindakan mengikut peraturan sedia ada.

Sebagai langkah menggalakkan umat Islam meningkatkan amal kebajikan sepanjang Ramadan, Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan melancarkan Kempen Kesedaran Amalan Berwakaf dan Berinfak Tahun 2025 bagi memperkukuhkan institusi Islam serta sokongan kepada golongan yang memerlukan.

Turut berangkat mengiringi baginda ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta Paduka Anakanda Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....