Home Nasional Perlis sedia 14 lokasi pembelian untuk penerima SARA
Nasional

Perlis sedia 14 lokasi pembelian untuk penerima SARA

Perlis sedia 14 lokasi pembelian untuk penerima SARA

Foto RTM

PADANG BESAR, 5 April- Sebanyak 14 kedai dan pasar raya di Perlis membolehkan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mendapatkan barangan keperluan yang tersenarai di bawah program MyKasih.

Ini termasuklah Agrobazaar Rakyat Borong Wann di Felcra Lubuk Sireh, yang menyediakan lebih 20,00 jenis barangan yang boleh dipilih oleh penerima SARA.

Pengurus Agrobazaar Rakyat Borong Wann, Wan Shafizan Wan Nan berkata pihaknya menyediakan lebih 90 peratus barangan yang disenaraikan dalam program MyKasih.

\”Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan kerana kawasan ini boleh dikira sebagai kawasan pedalaman. Kami merupakan satu-satunya kedai besar di sini yang menguruskan program MyKasih.

\”Biasanya, seawal pukul 10.00 pagi, kedai sudah mula dipenuhi penduduk.

\”Melalui MyKasih, kami akan bantu semua penduduk kampung yang datang; kami akan semak baki yang ada, maklumkan kepada mereka, dan jelaskan barangan mana yang boleh dibeli dan mana yang tidak,\” kata Wan Shafizan.

Bagi penerima SARA, peningkatan bantuan setiap bulan sehingga RM200 bermula April ini mampu meringankan beban keluarga serta membolehkan penerima mendapat lebih banyak barangan keperluan harian.

\”Alhamdulillah, terima kasih kepada kerajaan kerana telah memberikan bantuan SARA kepada saya. Ini merupakan kali pertama saya, sebagai ibu tunggal, menerima bantuan tersebut.

\”Bantuan ini amat membantu daripada segi ekonomi keluarga kami, khususnya untuk menyara anak-anak yang masih bersekolah, sekali gus meringankan beban saya sebagai ibu tunggal,\” kata pesara guru, Umi Zarina Hamid.

\”Alhamdulillah, memang banyak membantu dan meringankan beban kami. Bantuan yang diberikan ini melibatkan barangan keperluan asas yang memang kami gunakan setiap hari.

\”Alhamdulillah, sangat membantu. Kami bersyukur kerana apa yang kami kurang, bantuan ini dapat menampungnya,\” kata pekebun, Sopiyatullah Ali.

\”SARA membantu saya beli barang keperluan. Macam mak cik, telur, gula, minyak, beras tiada masalah sebab ada bantuan. Susu dan barang-barang lain pun alhamdulillah cukup,\” kata suri rumah, Norsiah Khalid.

SARA ditingkatkan sehingga RM2,100 bagi tahun ini kepada isi rumah miskin dan miskin tegar berbanding RM1,200 bagi tahun 2024.

Selain itu, peningkatan pemberian bulanan sehingga RM200 sebulan melalui MyKad membolehkan penerima manfaat mendapatkan barangan keperluan asas terpilih di lebih 3,500 kedai berdaftar di seluruh negara.

BERITA BERKAITAN:

  • Bantuan SARA bantu ringankan beban perbelanjaan rakyat
  • SARA bukti keprihatinan kerajaan, penerima luah rasa syukur

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....