Wednesday , 22 January 2025
Home Nasional Perkasa sektor pelancongan, ASEAN setuju realisasi hasrat bersama
Nasional

Perkasa sektor pelancongan, ASEAN setuju realisasi hasrat bersama

Perkasa sektor pelancongan, ASEAN setuju realisasi hasrat bersama

Foto BERNAMA

LANGKAWI, 19 Januari– ASEAN berusaha menjadikan negara serantau sebagai destinasi pelancongan tunggal dengan memperluas polisi pengecualian visa yang kini dilaksanakan oleh Malaysia ke atas rakyat China dan India.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata langkah itu mempercepat pergerakan dan memudahkan perjalanan dari negara-negara ASEAN.

Katanya, ASEAN bersepakat untuk bersama-sama mempromosikan sektor pelancongan selain melihat cabaran yang dihadapi bagi merealisasikan hasrat berkenaan.

\”Untuk perkara ini, ASEAN akan bersama-sama melihat apa yang terbaik apabila pelancong datang ke Malaysia. Bila mereka datang ke Malaysia, mereka mudah ke mana-mana sekiranyavisa ini mereka peroleh.

Mereka datang ke Malaysia, juga ke Singapura dan ke Thailanddan ke mana-mana negara ASEAN,\” kata Mohamad kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pemukiman Menteri Luar ASEAN.

Ketika ini, Malaysiamemberikan pengecualian visa selama 30 hari untuk rakyat China dan India.

Related Articles

Sultan Kedah lancar projek tanam 2 juta pokok
Nasional

Sultan Kedah lancar projek tanam 2 juta pokok

Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan...

Dua bersaudara ditemukan lemas, mandi di Pantai Bayu Impian
Nasional

Dua bersaudara ditemukan lemas, mandi di Pantai Bayu Impian

Foto Bomba Johor KOTA TINGGI, 22 Januari- Dua individu ditemukanlemas termasuk seorang...

Dialog, kolaborasi pragmatik kekal hubungan antarabangsa
Nasional

Dialog, kolaborasi pragmatik kekal hubungan antarabangsa

Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA DAVOS, 22 Januari- Dialog serta kolaborasi pragmatik,...

Malaysia teroka peluang perdagangan, tambah baik beberapa FTA
Nasional

Malaysia teroka peluang perdagangan, tambah baik beberapa FTA

Datuk Seri Anwar Ibrahim DAVOS, 22 Januari- Malaysia sedang meneroka peluang dengan...