Home Nasional Perdana Menteri hadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kelantan
Nasional

Perdana Menteri hadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kelantan

Perdana Menteri hadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kelantan

Mesyuarat khas itu memberi fokus kepada isu-isu pembangunan negeri, perancangan infrastruktur serta usaha memperkukuh kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan/Foto PMO

KOTA BHARU, 12 April — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kelantan yang berlangsung di Kompleks Kota Darulnaim, di sini.

Ketibaan beliau pada pukul 8.40 pagi disambut Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud bersama barisan exco dan pengurusan tertinggi kerajaan negeri.

Turut mengiringi Perdana Menteri, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Mesyuarat tertutup selama hampir sejam itu turut disertai Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Difahamkan, mesyuarat khas itu memberi fokus kepada isu-isu pembangunan negeri, perancangan infrastruktur serta usaha memperkukuh kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan.

Datuk Seri Anwar berada di Kelantan hari ini bagi menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 peringkat negeri Kelantan yang dijadual berlangsung di Pantai Irama, Bachok pada pukul 10.30 pagi.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....