Home Nasional Penunggang motosikal maut rempuh bahu jalan di Jambatan Tun Salahuddin
Nasional

Penunggang motosikal maut rempuh bahu jalan di Jambatan Tun Salahuddin

Penunggang motosikal maut rempuh bahu jalan di Jambatan Tun Salahuddin

FOTO IPD KUCHING

KUCHING, 12 April- Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jambatan Tun Salahuddin petang semalam selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu merempuh bahu jalan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Mohd Farhan Lee Abdullah, kejadian berlaku sekitar pukul 3 petang ketika mangsa dalam perjalanan menuju ke pusat bandar dari arah Petra Jaya.

“Motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar bahu jalan. Mangsa yang berusia 22 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya dalam satu kenyataan media pagi tadi.

Tambah beliau, kes kini disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam perkembangan berasingan, Mohd Farhan turut menafikan dakwaan kematian dalam insiden pelanggaran kenderaan di bawah jejambat Satok yang berlaku petang Khamis lalu.

Beliau memaklumkan, sehingga kini kedua-dua individu yang terlibat masih belum tampil membuat laporan polis, meskipun telah menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan penyebaran maklumat tidak tepat mengenai kejadian berkenaan yang telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....