Home Nasional Penggunaan teknologi sumbang persekitaran responsif
Nasional

Penggunaan teknologi sumbang persekitaran responsif

Penggunaan teknologi sumbang persekitaran responsif

Gobind Sigh Deo

SHAH ALAM, 2 September- Industri perkhidmatan kemudahan digalak menggunakan teknologi terkini bagi meningkatkan kecekapan operasi syarikat sekali gus menyumbang kepada kemampanan dan pertumbuhan ekonomi.

Menteri Digital Gobind Sigh Deo berkata, penerimaan teknologi digital seperti Internet of Things (IoT) dan kecerdasan buatan (AI), mencipta persekitaran yang lebih responsif bagi memenuhi keperluan perniagaan.

\”..bergerak ke depan, kita semua tahu teknologi akan mengubah cara kita membuat perniagaan, berfikir, cara kita hidup. Saya rasa teknologi ini adalah sesuatu yang boleh memajukan setiap industri di Malaysia.

\”Khususnya bagaimana mereka ini menyelenggarakan sistem perkhidmatan menggunakan robotik termasuk pemudah cara dan proses penyelenggaraan perkhidmatan sesebuah syarikat,\” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara OCS Malaysia dan Kumpulan Antah, di sini.

Kerjasama kedua-dua syarikat berkenaan selaku pemain industri perkhidmatan kemudahan boleh dimanfaatkan untuk menyokong agenda pendigitalan Malaysia dengan lebih meluas.

MOU berkenaan ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif Antah Strategic Services Sdn Bhd Tunku Mohamed Alauddin Tunku Naquiddin dan OCS diwakili Ketua Pegawai Eksekutif OCS Asia Pasifik & Timur Tengah Roland Salameh.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....