Home Nasional Penggubalan akta khairat dan penubuhan suruhanjaya khairat wajar, rujuk model luar negara
Nasional

Penggubalan akta khairat dan penubuhan suruhanjaya khairat wajar, rujuk model luar negara

Penggubalan akta khairat dan penubuhan suruhanjaya khairat wajar, rujuk model luar negara

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Jemaah menteri pada Februari dan Jun telah bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa Khas bagi melaksanakan kajian kewajaran penggubalan akta khairat dan penubuhan suruhanjaya khairat.

Penubuhannya pada 6 Mei lalu kini dalam fasa kajian dan dijangka selesai pada pertengahan September depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata penggubalannya dilihat wajar ditambah pula dengan rujukan model luar negara.

\”Terdapat model yang kita buat kajian seperti di luar negara yang kita rujuk supaya dapat membantu Malaysia kepada arah pendekatan yang baru seperti model amanah United Kingdom (UK), Singapura, New Zealand dan Australia.

\”Antara undang-undang dalam penguatkuasaan pengawalseliaan dan pemantauan amanah ini berasakan kebajikan yang diperuntukkan secara jelas,\” katanya.

Beliau berkata demikian begi menjawab pertanyaan Senator Datuk Sivaraj Chandran di Dewan Negara, di sini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....