Home Nasional Pengamal media ada hak lindungi kerahsiaan sumber berpandukan kod etika kewartawanan
Nasional

Pengamal media ada hak lindungi kerahsiaan sumber berpandukan kod etika kewartawanan

Pengamal media ada hak lindungi kerahsiaan sumber berpandukan kod etika kewartawanan

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Komuniti media mempunyai hak membuat laporan atau penulisan selain melindungi kerahsiaan sumber berpandukan kod etika kewartawanan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menegaskan pihak media juga perlu memberi kerjasama terhadap sebarang siasatan sekiranya ia melibatkan laporan polis.

\”Kalau kita rujuk kod etika kewartawanan yang telah diterbitkan, memang kita beri penegasan bahawa wartawan mempunyai hak kerahsiaan sumber, tidak menjadi masalah. Pada masa yang sama, saya mohon semua (wartawan) berikan kerjasama kepada pihak polis kerana dari segi peraturan, sekiranya ada laporan polis maka pihak polis perlu melakukan siasatan,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran dan Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini.

Fahmi mengulas mengenai tiga wartawan portal berita yang dipanggil polis pada Jumaat untuk memberi keterangan berhubung laporan berita mengenai pertukaran kepimpinan tertinggi pasukan PDRM.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....