Home Nasional Penduduk terjejas banjir di Sabah, Sarawak menunjukkan trend penurunan
Nasional

Penduduk terjejas banjir di Sabah, Sarawak menunjukkan trend penurunan

Penduduk terjejas banjir di Sabah, Sarawak menunjukkan trend penurunan

Keadaan banjir di Sabah

KUALA LUMPUR, 10 Februari- Jumlah penduduk terjejas banjir di Sabah dan Sarawak terus menunjukkan trend penurunan, dengan 2,039 penduduk terjejas masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8.00 malam tadi berbanding 2,483 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan jumlah peduduk terjejas berkurang kepada 1,047 orang daripada 325 keluarga.

Seramai 685 orang ditempatkan di tiga PPS yang masih beroperasi di Beaufort, 260 orang di dua PPS daerah Kinabatangan, manakala 102 orang di sebuah PPS daerah Membakut.

18 kampung terjejasdi negeri itu melibatkan 13 di Membakut, tiga di Beaufort dan dua di Kinabatangan.

Semantara itu di Sarawak, jumlah penduduk terjejas berkurang kepada 992 yang ditempatkan di sembilan PPS di negeri itu.

Sekretariat Pengurusan Bencana Sarawak memaklumkan Mukah mencatatkan jumlah penduduk terjejas paling ramai iaitu 438 diikuti Miri (277), Bintulu (274) dan Sibu (tiga).

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....