Tuesday , 4 February 2025
Home Nasional Penduduk terjejas banjir di Kedah lega tarif elektrik kekal
Nasional

Penduduk terjejas banjir di Kedah lega tarif elektrik kekal

Penduduk terjejas banjir di Kedah lega tarif elektrik kekal

Pengguna boleh melihat jumlah subsidi elektrik yang diberikan oleh kerajaan di dalam bil elektrik bulanan masing-masing/Foto BERNAMA

ALOR SETAR, 21 Disember – Keputusan kerajaan untuk mengekalkan tarif elektrik bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2025 turut melegakan penduduk Kedah, terutama mereka yang baru sahaja ditimpa musibah banjir.

Ini reaksi penduduk di sekitar kawasan Alor Setar ketika ditemui RTM hari ini.

\”Saya sebagai rakyat Malaysia berterima kasih kepada Kerajaan Madani kerana tarif elektrik tidak dinaikkan. Kami baru sahaja ditimpa banjir, banyak peralatan rosak. Jadi, ini sangat membantu,\” kata Abdul Karim Din.

Penduduk kawasan Anak Bukit, Mohd Ali Ariffin, turut bersetuju dengan keputusan tersebut.

\”Ini betul-betul membantu rakyat terutama yang memerlukan, terutamanya di kawasan bencana seperti kami,\” katanya.

Pengerusi sebuah persatuan, Datuk Abdul Muthalib Harun, turut memuji langkah kerajaan bagi meringankan beban golongan B40.

\”Keputusan ini membolehkan rakyat menggunakan wang untuk keperluan keluarga mereka. Ini satu bentuk keprihatinan Kerajaan Madani terhadap masyarakat, khususnya golongan B40,\” jelas beliau.

Seorang usahawan, Norafiza Aziz, juga meluahkan rasa lega dengan keputusan tersebut.

\”Bagus kerajaan kekalkan kadar elektrik sekarang. Peruntukan ini boleh disalurkan kepada rakyat yang lebih memerlukan,\” katanya.

Selain itu, kerajaan terus kekal komited untuk memastikan kebajikan golongan berpendapatan rendah terpelihara melalui Program Rebat Elektrik RM40 untuk pengguna elektrik dalam kategori Miskin Tegar yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem e-Kasih di seluruh Malaysia pada tahun 2025 dengan peruntukan sebanyak RM55 juta.

Pengguna yang layak boleh membuat semakan status kelayakan masing-masing di laman sesawang https://semakanrebat.petra.gov.my/apps/public/index.php atau hadir ke kedai utiliti yang berhampiran.

Pengguna juga boleh melihat jumlah subsidi elektrik yang diberikan oleh kerajaan di dalam bil elektrik bulanan masing-masing.

Related Articles

Gempa bumi kuat 6.1 magnitud landa Halmahera, Indonesia
Nasional

Gempa bumi kuat 6.1 magnitud landa Halmahera, Indonesia

FOTO METMALAYSIAKUALA LUMPUR, 4 Februari- Gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 melanda Halmahera,...

Ekonomi AS, beras & ASEAN antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Ekonomi AS, beras & ASEAN antara fokus Dewan Rakyat hari ini

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 4 Februari- Ancaman ekonomi oleh Amerika Syarikat (AS), cadangan...

Banjir: Sarawak menurun 9,034 orang, Sabah kekal 102
Nasional

Banjir: Sarawak menurun 9,034 orang, Sabah kekal 102

FOTO APM SARAWAKKUALA LUMPUR, 4 Februari- Sarawak merekodkan penurunan penduduk terjejas banjir...

Generasi muda adalah ejen perubahan dalam menjaga alam sekitar
Nasional

Generasi muda adalah ejen perubahan dalam menjaga alam sekitar

Program pendidikan murid-murid mengenai pentingnya menjaga kelestarian alam sekitar di SK Seberang...