Home Nasional Pendaratan tuna neritik meningkat, Perak catat jumlah tertinggi
Nasional

Pendaratan tuna neritik meningkat, Perak catat jumlah tertinggi

Pendaratan tuna neritik meningkat, Perak catat jumlah tertinggi

FOTO DOF

PUTRAJAYA, 27 Mac– Malaysia mencatat peningkatan ketara dalam pendaratan ikan tuna neritik sepanjang tahun 2024 dengan jumlah keseluruhan 63,780.32 tan metrik bernilai lebih RM781.3 juta.

Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Datuk Adnan Hussain, menerusi satu kenyataan memaklumkan angka itu menunjukkan pertumbuhan positif sektor perikanan negara berbanding tahun sebelumnya, yang merekodkan 55,222.67 tan metrik.

Jelasnya, Perak muncul sebagai negeri pengeluar utama dengan pendaratan 16,933.90 tan metrik bernilai kira-kira RM207.4 juta, diikuti Sabah dengan jumlah 12,479.22 tan metrik bernilai RM152.9 juta.

Menurut Datuk Adnan, peningkatan tersebut adalah hasil usaha berterusan kerajaan dalam memastikan kelangsungan industri perikanan serta kestabilan harga di pasaran, terutama menjelang musim perayaan.

\”Bagi menjamin bekalan ikan yang mencukupi dan harga yang stabil, tuna neritik termasuk ikan tongkol telah dimasukkan dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) yang dikawal selia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

\”Melalui inisiatif ini, harga maksimum bagi ikan aya atau tongkol bersaiz satu hingga dua ekor sekilogram (kg) telah ditetapkan di Pahang, Terengganu, dan Kelantan,\” katanya.

Selain itu, beberapa hasil laut lain turut dikawal harganya, antaranya ikan demudok/sagai/cermin/cupak (tiga-lima ekor/kg) di Sabah, ikan kembung termasuk ikan mabung (8-12 ekor/kg) di seluruh negara, serta ikan selayang (8-12 ekor/kg).

Datuk Adnan turut menegaskan, Jabatan Perikanan komited dalam memastikan kestabilan harga dan bekalan ikan di pasaran, terutama semasa musim perayaan.

\”Kerjasama dengan agensi berkaitan juga akan terus diperkukuh bagi memantau pendaratan ikan serta memastikan sumber perikanan negara kekal mampan dan mencukupi untuk pengguna,\” katanya lagi.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....