Tuesday , 4 February 2025
Home Nasional Pencarian semula MH370, dorongan kuat menerusi bukti terbaharu
Nasional

Pencarian semula MH370, dorongan kuat menerusi bukti terbaharu

Pencarian semula MH370, dorongan kuat menerusi bukti terbaharu

Foto Kecil: Pengarah Institut Oseanografi dan Sekitaran UMT, Profesor Dr. Mohd Fadzil Mohd Akhir/Hiasan

KUALA LUMPUR, 25 Disember– Langkah kerajaan menerima tawaran pencarian semula pesawat Malaysia Airlines, MH370 adalah wajar dilakukan.

Menurut Pengarah Institut Oseanografi dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Dr. Mohd Fadzil Mohd Akhir, ia mengambil kira penemuan bukti-bukti terbaharu.

\”Yang pertama adalah kerana ada bukti-bukti terkini yang dibangunkan dan dikumpul atau analisis-analisis yang diusahakan menunjukkan petunjuk yang lebih baik yang lebih menyakinkan untuk dijumpai, sekiranya pencarian dimulakan dengan kawasan yang baru.

Melalui maklumat terkini, menunjukkan bahawa ada beberapa indikasi yang menunjukkan data terbaharu ini menunjukkan kawasan yang sedikit berbeza walaupun masih di Lautan Hindi tetapi dekat kawasan yang sedikit berbeza,\” kata Dr. Mohd Fadzil kepada pemberita RTM secara eksklusif melalui temu bual maya, hari ini.

Beliau juga optimis, teknologi canggih dimiliki Ocean Infinity dapat meningkatkan keberkesanan usaha pencarian pesawat berkenaan.

Sementara itu, waris mangsa tragedi MH370, Datuk Zurihan Yusop menyatakan ucapan terima kasih kepada kerajaan kerana menerima tawaran Ocean Infinity berkait operasi pencarian semula pesawat berkenaan.

\”Sebenarnya menjadi satu perasaan yang berbaur, terharu dan juga kembali sedih. Dengan harapan kami semua, semoga apa yang dibincangkan ini benar-benar dilaksanakan supaya harapan kami yang telah lebih 10 tahun ini menjadi satu harapan yang nyata.

Kami mengharapkan supaya kerajaan terus mencari pendekatan-pendekatan tertentu, kaedah-kaedah terbaik serta menggunakan kepakaran kepakaran tertentu supaya misi pencarian ini benar-benar berhasil,\” kata Datuk Zurihan kepada pemberita.

Related Articles

Gempa bumi kuat 6.1 magnitud landa Halmahera, Indonesia
Nasional

Gempa bumi kuat 6.1 magnitud landa Halmahera, Indonesia

FOTO METMALAYSIAKUALA LUMPUR, 4 Februari- Gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 melanda Halmahera,...

Ekonomi AS, beras & ASEAN antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Ekonomi AS, beras & ASEAN antara fokus Dewan Rakyat hari ini

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 4 Februari- Ancaman ekonomi oleh Amerika Syarikat (AS), cadangan...

Banjir: Sarawak menurun 9,034 orang, Sabah kekal 102
Nasional

Banjir: Sarawak menurun 9,034 orang, Sabah kekal 102

FOTO APM SARAWAKKUALA LUMPUR, 4 Februari- Sarawak merekodkan penurunan penduduk terjejas banjir...

Generasi muda adalah ejen perubahan dalam menjaga alam sekitar
Nasional

Generasi muda adalah ejen perubahan dalam menjaga alam sekitar

Program pendidikan murid-murid mengenai pentingnya menjaga kelestarian alam sekitar di SK Seberang...