Home Nasional Pemulihan MAS mengambil masa – Anwar
Nasional

Pemulihan MAS mengambil masa – Anwar

Pemulihan MAS mengambil masa – Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 3 September- Kerajaan mengucapkan tahniah kepada Khazanah Nasional Bhdkerana memulakan usaha untukmemulihkan syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemulihan berkenaan akan mengambil masa dan kerajaan juga komitedmemastikan kejayaan syarikat penerbangan nasional itu.

Menurut Anwar syarikat penerbangan nasional negara dan perlu bangkit meneruskan perkhidmatan cemerlang.

\”Usaha memulihkan itu telah bermula dan ia mengambil masa. Kerajaan hampir setiap minggu dalam jemaah menteri dan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan tahu setiap minggu tanpa kecuali ada perbincangan bagaimana untuk bantu selamatkan MAS.

\”Tetapi percayalah saya beritahu Khazanah Nasional Bhd dan MAS kami tetap komited untuk memastikan kejayaan syarikat penerbangan kerana syarikat penerbangan nasional akan kembali beraksi,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-30 Khazanah Nasional, di Ibu Negara.

Dalam pada itu Anwar turut menjelaskan kejayaan aset luar negara Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen di Turki.

Dalam perbincangan Anwar bersama-sama rakan sejawatnya Presiden Turki Tayyip Erdogan melahirkan kepercayaan terhadap MAHB bagi mengendali dan mengurus lapangan terbang penting di Istanbul atas kejayaan yang ditunjukkan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....