Home Nasional Pempengaruh dipuji hormat azan, didikan keluarga cerminan perpaduan
Nasional

Pempengaruh dipuji hormat azan, didikan keluarga cerminan perpaduan

Pempengaruh dipuji hormat azan, didikan keluarga cerminan perpaduan

Foto Instagram Wee Chuan Chin

KUALA LUMPUR, 11 Mac– Pempengaruh media sosial, Wee Chuan Chin atau lebih dikenali sebagai Abe Wee, dipuji warga maya susulan tindakannya menghormati azan dan mengakui bahawa amalan itu hasil didikan ibu bapanya.

Tegas Abe Wee dalam video tersebut, keluarganya sentiasa menekankan kepentingan menghormati agama dan budaya lain sejak kecil.

Personaliti pempengaruh itu disenangi pengikutnya sekali gus menjadi cerminan nilai perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

\”Dari dulu lagi, Pok (Ayah Abe Wee) yang ajar kami semua satu keluarga, hormat azan. Ni cerita betul ea, main badminton pun kalau bunyi azan kami kena berhenti,\” kata Abe Wee.

\”Berhenti untuk menghormati antara satu sama lain. Budaya, kaum dan keagamaan, kita kena hormat. Masuk askar pula, umur 18 tahun. 42 tahun jadi askar, menghormati azan sebahagian daripada tatatertib budaya ketenteraan,\” kata ayah Abe Wee, bekas Panglima Artileri Roket Tentera Darat Malaysia (TDM), Brigedier Jeneral Datuk Wee Han Siew.

Untuk perpaduan kaum, tidak kira bangsa apa, kita berhenti sebagai menghormati azan,\” tambah ayahnya.

Rata-rata pengguna media sosial memuji sikap Abe Wee dan keluarganya yang terus menerus berkongsi kandungan digital bertemakan keharmonian bangsa dalam kehidupan seharian mereka.

\”Diorang satu keluarga ini, memang patut dapat anugerah tokoh perpaduan,\” komen @kakdayakorang2kejap.

\”Hormat abe we sekeluarga. Walaupun berbangsa Cina tetap menghormati agama yang lain. Terima kasih, abe we sebab banyak beri aura positif,\” kata @nurieqa.

\”Allahuakbar. Big respect untuk keluarga ini. Semoga selalu bahagia, diberikan kesihatan yang baik. Semoga keluarga ini pun selalu dihormati walau di mana mereka berada,\” kata @zam_hadii11.

\”Alhamdulillah, terbaik Uncle didik anak-anak dia. Wajib dicontohi. Kalau kat Malaysia pupuk semangat perpaduan, aman damai la Malaysia,\” kata @rozlinaaziz.

Video tersebut menerima lebih 27,000 tanda suka, 558 komen dan 192 perkongsian di platform media sosial Instagram.

Langkah kecil itu diharapkan dapat menjadi teladan kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk terus mengamalkan nilai-nilai perpaduan dalam kehidupan seharian.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....