Home Nasional Pemeriksaan akhir pendawaian di 115 kediaman dilakukan esok
Nasional

Pemeriksaan akhir pendawaian di 115 kediaman dilakukan esok

Pemeriksaan akhir pendawaian di 115 kediaman dilakukan esok

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat (dua, kanan) ketika sidang media berhubung situasi terkini di lokasi kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights

KUALA LUMPUR, 2 April – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menjalankan pemeriksaan akhir pendawaian di kesemua 115 rumah di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor esok.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata JBPM telah melaksanakan semakan inventori di kediaman terjejas akibat kebakaran saluran paip gas itu, dan mendapati kesemua kediaman berkenaan berkemungkinan dalam keadaan baik iaitu kurang terjejas dan dipercayai selamat diduduki.

“TNB akan cuba mengembalikan bekalan elektrik di 115 rumah ini, tetapi kami ingin melihat keadaan dalam rumah itu dahulu.

“Saya nasihatkan pemilik rumah bersabar dan mengikut arahan pihak berkuasa. Kami akan cuba memberi masa yang sesuai kepada penghuni untuk datang ke khemah pendaftaran bagi melawat rumah masing-masing,” katanya semasa ditemui pemberita di Pos Kawalan Tempat Kejadian di Subang Jaya hari ini.

Kebakaran saluran paip gas yang mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya itu membentuk kawah sedalam 32 kaki dengan keluasan kira-kira 70×80 kaki di kawasan kejadian.

Wan Azlan juga berharap penduduk boleh hadir mengikut masa ditetapkan agar tiada kekecohan yang timbul jika terlalu ramai pada satu masa.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya menerima 66 laporan daripada mangsa dan penghuni rumah melibatkan pelbagai kategori.

“32 laporan polis melibatkan rumah terjejas dan terbakar, 29 laporan kenderaan terjejas dan selebihnya pelbagai lagi,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata kira-kira 150 keluarga di kawasan kurang terjejas dibenarkan memeriksa keadaan kediaman masing-masing sepanjang hari ini serta mengambil barang keperluan dan dokumen penting dengan diiringi pasukan penguat kuasa.

Semalam, Ketua Polis Selangor Datuk Hussien Omar Khan dilaporkan berkata pemeriksaan akan dibuat pihak TNB, Jabatan Kerja Raya serta JBPM sebelum penghuni dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing. – BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....