Home Nasional Pemergian Pak Lah: Barisan Menteri Besar rakam takziah, hargai sumbangan negarawan ulung
Nasional

Pemergian Pak Lah: Barisan Menteri Besar rakam takziah, hargai sumbangan negarawan ulung

Pemergian Pak Lah: Barisan Menteri Besar rakam takziah, hargai sumbangan negarawan ulung

Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, 85, menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 7.10 malam Isnin, di Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami masalah pernafasan.

KUALA LUMPUR, 14 April – Pemergian Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi terus dirasai seluruh negara apabila pimpinan negeri dan persekutuan menzahirkan ucapan takziah serta penghargaan terhadap jasa dan sumbangan Allahyarham.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyifatkan Allahyarham sebagai pemimpin yang memimpin negara dengan penuh integriti, keikhlasan dan visi yang mendalam untuk kemajuan negara.

“Jasa Allahyarham Pak Lah akan terus dikenang dan dihargai. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham dan semoga Allah SWT menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud turut merakamkan ucapan takziah mewakili kerajaan negeri atas jasa besar yang dicurahkan Allahyarham kepada negara ketika menerajui pentadbiran sebagai Perdana Menteri kelima.

“Marilah kita doakan agar Almarhum Tun Abdullah Ahmad Badawi dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman serta beramal soleh,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan Allahyarham sebagai seorang negarawan ulung, berhemah tinggi dan disanjung rakyat sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan Malaysia.

“Di bawah pentadbiran beliau, selain pembangunan modal insan, pengukuhan integriti dalam tadbir urus dan ketelusan institusi kerajaan turut menjadi keutamaan,” katanya.

Turut menzahirkan penghormatan ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Abdullah Badawi, 85, menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 7.10 malam Isnin, di Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami masalah pernafasan.

Allahyarham dimasukkan ke IJN pada pagi Ahad dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Jantung (CCU) untuk pemantauan rapi oleh pakar perubatan sebelum disahkan meninggal dunia.

Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia kelima dari tahun 2003 hingga 2009, bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....