Home Nasional Pembinaan LPB Sabah Fasa 1A capai tahap 77.41% – Alexander
Nasional

Pembinaan LPB Sabah Fasa 1A capai tahap 77.41% – Alexander

Pembinaan LPB Sabah Fasa 1A capai tahap 77.41% – Alexander

Foto FB Alexander Nanta Linggi

PENAMPANG, 29 Julai- Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah Fasa 1A kini mencapai tahap 77.41 peratus dan dijangka siap sepenuhnya selewat-lewatnya pada 2026.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, empat daripada keseluruhan 15 pakej kerja dalam fasa itu telah disiapkan, manakala baki 11 pakej dalam proses pembinaan.

Setakat ini kemajuan fizikal bagi laluan Sindumin ke Kampung Melalia mencapai tahap 64 peratus manakala bagi laluan Kampung Melalia ke Beaufort sebanyak 50 peratus.

\”Saya nampak ada sedikit sebanyak masalah koordinasi di antara syarikat ataupun kontraktor dan agensi kerajaan serta konsultan juga.. masing-masing ada kelemahan.

\”Saya sudah bincang dengan Menteri JKR Sabah supaya ia (masalah) dapat ditangani.. mesyuarat koordinasi juga akan kerap diadakan,\” katanya ketika melakukan pemantauan Kerja Projek LPB Sabah Fasa 1A dan Kerja Mitigasi Banjir di sini.

Dalam pada itu, Alexander berkata pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan mengambil tindakan segera sekiranya berlaku insiden banjir di sepanjang kawasan pembinaan projek LPB Sabah.

Ini bagi mengurangkan kesan yang buruk kepada masyarakat setempat dan impak kepada projek keseluruhan.

Tambahnya, salah satu kawasan projek LPB Sabah yang mengalami banjir ialah Kiranau yang berdekatan dengan pakej kerja enam laluan Putatan ke Inanam.

\”Pihak yang menguruskan projek LPB akan sentiasa bekerjasama dengan JPS dalam apa saja yang diperlukan untuk menangani masalah ini..tapi nampaknya sudah ada perancangan daripada JPS untuk bukan sekadar di lokasi ini sahaja tetapi di lokasi-lokasi lain di sepanjang Sungai Moyog ini sampai ke putatan,\” katanya.

Pihaknya juga akan terus membuat pemantauandari semasa ke semasa bagi mengelak kejadian banjir terus berulang.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....