Home Nasional Pembantu kedai makan dilapor hilang
Nasional

Pembantu kedai makan dilapor hilang

Pembantu kedai makan dilapor hilang

FOTO FAIL

SEREMBAN, 24 Ogos -Seorang pembantu kedai makan gagal dikesan selepas hilang beberapa hari dan tidak pulang ke rumahnya di Gemas.

Ketua Polis Daerah Tampin Superintenden Amiruddien Sariman dalam satu kenyataan berkata, polis menerima laporan kehilangan lelaki itu yang dipercayai mempunyai masalah kemurungan kira-kira pukul 4.00 petang semalam.

\”Laporan polis dibuat seorang perempuan memberitahu adik lelakinya keluar dari rumah pada 6.00 pagi Rabu lepas di Taman Pinggiran Felda Sungai Kelamah, Gemas untuk bekerja.

\”Lelaki itu Mohd Farid Zulkafli, 36, masih belum pulang hingga semalam dan juga tidak pulang ke rumah ibunya di Felda Serting Hilir, Jempol,\” katanya.

Beliau berkata mangsa yang tidak mempunyai telefon bimbit dan kenderaan, kali terakhir ditemui majikannya di Taman Sri Rompin, Jempol dan memberitahu ingin pulang ke kampung di Felda Serting Hilir.

Mohd Farid yang mempunyai ketinggian kira-kira 156 sentimeter, berbadan kurus dan berambut pendek hitam, memakai baju T berwarna biru bertulis Barisan Nasional serta berseluar slek hitam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi pegawai penyiasat kes ASP Mohd Rodzi Md Saad di talian 07-9481221 dan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin di talian 06-4431999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....